-->

Thursday, December 26, 2013

Set Pantang Shaklee

As Salam & Hi Readers!

Wah sekarang sana-sini dengar kawan2 dah deliver baby comel-comel pulak tu...Saya doakan supaya semua permata yang lahir ke dunia ini agar menjadi anak yang soleh/solehah...

Tapi tak kurang juga baby yang terkena jaundice, infection, eczema...Kesian pun ada kecik-kecik dah cucuk sana-sini...Diharap parents bersabar atas segala dugaan yang melanda...Sesungguhnya ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku...Think positive and keep close to Allah SWT...

Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (al-Baqarah 286)

Ok lah tajuk entri kali ini saya nak share pasal set pantang shaklee...Siapa yang pernah mencuba vitamin Shaklee pasti berpuas hati dengan hasilnya...Badan sihat bertenanga, susu pun banyak, badan kurus seperti sediakala...Siapa yang taknak? Pasti semua ibu-ibu mengimpikan semua ini kan? Saya ada jawapnnya.

Set Pantang Shaklee asasnya terdiri daripada:



1. Vitalea
  • Mengandungi zat besi yang membantu proses pembentukan sel darah merah yang baru setelah banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.
  • Kekurangan zat besi menyebabkan lesu, pucat dan kurang bertenanga.
2. Vitamin C
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi badan.
  • Mencantikkan kulit yang kusam.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman.
3. Vitamin B Complex
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan mengawal stress yang menyebabkan kemurungan.
  • Mengandungi asid folik yang membantu memulihkan tiub neural dan biotin menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Kekurangan vitamin b boleh menyebabkan anemia.
4. Zinc Complex
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman.
  • Menguatkan akar rambut dan mencantikkan kuku

Boleh juga tambah ESP dan Alfalfa sebagai milk booster.



ESP
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.
  • Membina dan memperbaiki tisu badan.
  • Membekalkan kandungan protein yang optimum untuk susu badan.
  • Menghilangkan stretchmarks.

Alfalfa 
*Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
  • Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
  • Bertindak sebagai milk booster.
  • Menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:

~ Kedai Cik Nab: SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

2 comments: