-->

Thursday, April 3, 2014

Punca dan tips atasi buasir

As Salam & Hi Readers!


Buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal cushions’ adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber.

sebenarnyabuasir002

‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal kentut dan pembuangan najis.



Gejala Buasir 
Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Sangat jarang seorang penderita mengalami pendarahan yang sangat teruk  sehingga menimbulkan anemia teruk atau kematian.

Gejala yang paling umum dari buasir dalaman (internal) adalah percikan darah merah segar yang menitis setelah membuang air besar. Buasir dalaman (internal) cenderung membonjol keluar dari anus dan akhirnya  terjadi iritasi dan kesakitan.  
Gejala dari buasir luaran (external) termasuk pembengkakan yang sakit atau tidak sakit ataupun bonjolan keras disekitar anus akibat adanya pembekuan darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘thrombosed haemorroid’.
Sebagai tambahan, meneran berlebihan, menggosok atau membersihkan daerah anus dapat menimbulkan iritasi dengan pendarahan dan gatal.

Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.


Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

jenisbuasir001



1. Buasir Dalaman:


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

2. Buasir Luaran:


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian (stage):

jenisbuasir002
jenisbuasir003
Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
   
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak

Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak   
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula

Dalam praktik klinikal sebenarnya keadaan pesakit biasanya bercampur-campur diantara peringkat–peringkat diatas dan kebanyakan orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan ‘fistula’.
Buasir kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran vena di jam 3, 7 dan jam 11  malah boleh meliputi di sekeliling anus. - Sumber


jenisbuasir004 
Bagi mereka yang pernah menderita sakit buasir pasti anda seboleh-bolehnya mahukan penjagaan pemakanan yang rapi supaya proses pembuangan air besar tidak menyeksakan. 

Selain itu juga, pengambilan makanan tambahan atau supplement juga penting supaya dapat menghindar dari terjadinya buasir yang lebih teruk. 

Set Buasir Shaklee mengandungi Alfalfa, OmegaGuard, Ostematrik & Zinc Complex.


1. Alfalfa
- mengandungi serat yg memudahkan penyerapan sisa buangan
- mengurangkan tekanan pada rektum
- menjaga kesihatan usus
- memperbaiki masalah penghadaman

2. OmegaGuard
- omega3 mencegah kanser kolon
- mengurangkan bengkak pada otot dubur
- mengurangkan kesakitan

3. Ostematrik
- melembutkan najis
- mengelakkan kanser usus

4. Zinc Complex
- membantu proses penyembuhan luka luaran dan dalaman dengan cepat.
- mengelakkan berlakunya infection

Jadi apa tunggu lagi? Jangan pandang ringan pada buasir kelak merana diri.


Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   

~ : SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

No comments:

Post a Comment