-->

Saturday, April 5, 2014

Petua/Tips Elak Kerap Demam

As Salam & Hi Readers!

Anak demam pasti mengganggu aktiviti harian. Jika dibiarkan pasti melarat. Apa lagi kalau ibu bapa pun berjangkit. Huru-hara jadinya. Siapa yang nak jaga siapa?

Gejala demam seperti kita sedia maklum boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya habuk, jangkitan virus, bakteria, perubahan cuaca dan sebagainya. Jadi, sebelum keadaan menjadi lebih teruk, mencegah lebih baik dari mengubati.

Set Immune Booster mengandungi Nutriferon, Vitamin C(SR/Chewable) & Garlic Complex.


1) Nutriferon
- Sebagai penggalak kepada sistem imunisasi tubuh
- Mengaktifkan sistem pertahanan diri
- Melawan & memusnahkan bakteria & virus dalam badan

2) Vitamin C 
- Sustain Released (utk dewasa) & Chewable (utk kanak2)
- Mencegah jangkitan virus penyebab demam & selsema
- Mengekalkan sistem imun supaya sentiasa sihat

3) Garlic Complex
- Bertindak sebagai antibiotik yg menyokong antibodi badan
- Melegakan batuk, selsema & sakit tekak


Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:  

~ : SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Glaukoma, Rabun, Silau Apakah Punca dan Petua Cegah & Rawat?

As Salam & Hi Readers!


Terdapat banyak jenis masalah mata tapi kali ini saya nak bincangkan 3 jenis jer sebab paling kerap berlaku sehingga ianya dianggap normal. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan kemungkinan besar anda akan kehilangan keupayaan untuk melihat.


A. Glaucoma 
-  Sejenis penyakit saraf mata., iaitu saraf optic “optic nerve”.  
- Optic nerve secara semulajadinya akan menerima impuls daripada cahaya di retina dan akan menghantar impuls tersebut ke bahagian otak yang membolehkan kita sebagai manusia dapat melihat objek tersebut.

- Glaucoma dicirikan sebagai penyakit saraf optic yang biasanya dimulai dengan symptom kehilangan daya penglihatan pada bahagian peripheral
- Jika ianya tidak dirawat, glaucoma boleh menyebabkan kesan yang lebih serius termasuk kehilangan deria penglihatan keseluruhannya. 


Punca
- Antara punca yang paling kerap terjadi ialah meningkatnya tekanan (pressure) di dalam mata yang seterusnya merosakkan saraf mata (optic nerve).
- Faktor keturunan
- Usia lebih 45 tahun
- Kencing manis (diabetes)
- Pernah mengalami kecederaan di dalam mata
- Penggunaa ubat cortisone (steroid)

#Rawatan yang biasa digunakan ialah ubat titik mata (eyedrops), laser, pembedahan atau pil. - Sumber

B. Rabun
-  Rabun jauh (myopia) dan rabun dekat (hiperopia)
- Rabun jauh terjadi disebabkan oleh ralat pembiasan dimana imej ataupun objek difokuskan dihadapan retina mengakibatkan ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas. 
- Rabun dekat berlaku akibat perubahan pada kelengkungan permukaan media refraktif mata menyebabkan objek yang jauh boleh dilihat dengan jelas dan terang manakala objek yang dekat dilihat kurang jelas dan tidak dapat difokuskan dengan baik.



Punca
- Rabun jauh: membaca, menulis, membuat kerja dekat dan terlalu lama, pengambilan makanan yang tidak seimbang, faktor keturunan, melihat skrin komputer terlalu lama dan sebagainya.
- Rabun dekat: terjadi dari variasi biological yang normal dan umur yang tua boleh berlakunya keadaan hiperopia ini.

#Keupayaan melihat objek jauh dan dekat boleh diperbaiki dengan menggunakan cermin mata - Sumber

C. Silau (Astigmatisme)
-  Berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus. 
-  Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja. 
- Imej yang terbentuk kurang jelas dan tepat dan menyebabkan pengurangan dan ketepatan penglihatan. Oleh yang demikian penglihatan akan menjadi silau.

Punca
- Astigmatism ini adalah disebabkan oleh ketidaksamarataan permukaan kornea pada bentuknya, penyakit yang mengubah bentuk permukaan kornea dan sebagainya.
- Akan tetapi, astigmatisme juga boleh berlaku disebabakan oleh peralihan tempat fovea permukaan retina yang tidak normal

#Astigmatisme ini boleh dibetulkan dengan menggunakan kanta silidendrikal yang sesuai.- Sumber

Banyak produk dipasaran yang mengaku boleh menyelesaikan masalah penglihatan tetapi sejauh manakah keberkesanannya? Di Shaklee kami juga menawarkan ikhtiar bagi mereka yang mempunyai masalah mata. Bak kata orang putih "Prevention is Better Than Cure"


CAROTOMAX

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Apa kata pengguna CAROTOMAX?










Jadi apa tunggu lagi? Jom hubungi saya: 0107663485

Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:  
~ : SID 960825
~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485
~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)
~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Thursday, April 3, 2014

Punca dan tips atasi buasir

As Salam & Hi Readers!


Buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal cushions’ adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber.

sebenarnyabuasir002

‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal kentut dan pembuangan najis.



Gejala Buasir 
Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Sangat jarang seorang penderita mengalami pendarahan yang sangat teruk  sehingga menimbulkan anemia teruk atau kematian.

Gejala yang paling umum dari buasir dalaman (internal) adalah percikan darah merah segar yang menitis setelah membuang air besar. Buasir dalaman (internal) cenderung membonjol keluar dari anus dan akhirnya  terjadi iritasi dan kesakitan.  
Gejala dari buasir luaran (external) termasuk pembengkakan yang sakit atau tidak sakit ataupun bonjolan keras disekitar anus akibat adanya pembekuan darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘thrombosed haemorroid’.
Sebagai tambahan, meneran berlebihan, menggosok atau membersihkan daerah anus dapat menimbulkan iritasi dengan pendarahan dan gatal.

Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.


Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

jenisbuasir001



1. Buasir Dalaman:


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

2. Buasir Luaran:


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian (stage):

jenisbuasir002
jenisbuasir003
Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
   
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak

Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak   
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula

Dalam praktik klinikal sebenarnya keadaan pesakit biasanya bercampur-campur diantara peringkat–peringkat diatas dan kebanyakan orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan ‘fistula’.
Buasir kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran vena di jam 3, 7 dan jam 11  malah boleh meliputi di sekeliling anus. - Sumber


jenisbuasir004 
Bagi mereka yang pernah menderita sakit buasir pasti anda seboleh-bolehnya mahukan penjagaan pemakanan yang rapi supaya proses pembuangan air besar tidak menyeksakan. 

Selain itu juga, pengambilan makanan tambahan atau supplement juga penting supaya dapat menghindar dari terjadinya buasir yang lebih teruk. 

Set Buasir Shaklee mengandungi Alfalfa, OmegaGuard, Ostematrik & Zinc Complex.


1. Alfalfa
- mengandungi serat yg memudahkan penyerapan sisa buangan
- mengurangkan tekanan pada rektum
- menjaga kesihatan usus
- memperbaiki masalah penghadaman

2. OmegaGuard
- omega3 mencegah kanser kolon
- mengurangkan bengkak pada otot dubur
- mengurangkan kesakitan

3. Ostematrik
- melembutkan najis
- mengelakkan kanser usus

4. Zinc Complex
- membantu proses penyembuhan luka luaran dan dalaman dengan cepat.
- mengelakkan berlakunya infection

Jadi apa tunggu lagi? Jangan pandang ringan pada buasir kelak merana diri.


Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   

~ : SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Tuesday, April 1, 2014

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan



As Salam & Hi Readers!


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalah untuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.


Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.

Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menangis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.

Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang
jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperolehi manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga.

Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya
Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :

1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.

2.Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.

4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan. 

Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. 

Baca Lagi:


Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   

~ : SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Wednesday, March 26, 2014

Tips Subur Suami Isteri

As Salam & Hi Reader!

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan mahligai cinta bahagia dengan kehadiran si comel. Akan tetapi perkara yang sering mengundang kecewa dan sakit hati bila baru 3bulan kahwin orang dah mula 'prihatin'. 'Dah ade isi ke?' 'Dah lama kawen takkan takde pape lagi kot?' 'Aku ni baru kawen seminggu dah mengandung kau yang dah sebulan kawen takkan tak mengandung lagi kot?'. 

Mesti korang pun pernah alami perkara macam ni kan? Pehhh die punya ayat macam dah tak ingat Tuhan. So apa tunggu lagi? Jangan bertangguh takut melarat nanti. Sebelum suami jeling2 budak praktikal kat ofis meh cuba set kesuburan shaklee nih.

Set Kesuburan Shaklee:


Set kesuburan shaklee mengandungi:

Untuk Suami:

1. Vitamin E
- Membantu memelihara kesihatan prostat, menghalang kanser prostat
- Membantu menguatkan sperma dan meningkatkan kesuburan
- Membantu menambah bilangan sperma
- Mencegah kerosakan DNA sperma
2. Zinc 
- Membantu meningkatkan kualiti sperma
- Membantu meningkatkan paras hormon testosteron
- Mengelakkan rambut gugur
- Mengurangkan kemandulan
- Mengelakkan mati pucuk

Untuk Isteri:

1. GLA Complex
- Membantu memperbaiki sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut 
- Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan
- Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari
2. ESP Hot Item
- Membantu menguatkan rahim
- Membantu pembentukan otot janin
- Membaiki sel-sel yang rosak

Jadi apa tunggu lagi? Belum cuba belum tahu. Dah cuba? Boleh share testimonial anda!












Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   

~ : SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Rawat Asma Dengan Supplement Shaklee

As Salam & Hi Readers!

Athma/asma adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan yang sempit dan sukar untuk bernafas.

Antara contoh tanda-tanda pesakit asma adalah seperti:

1. batuk
2. tekak menjadi gatal
3. perubahan pola pernafasan
4. cepat penat
5. susah tidur

Sebagai ibu bapa yang bekerja keadaan ini pasti akan mengganggu emosi dan tidur anda jika anda atau anak mengalami asma pada waktu malam. Kekerapan berlakunya asma adalah pada waktu malam kerana keadaan yang sejuk.

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak yang menghidap asma semakin meningkat dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun. Kira-kira 50-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asma berterusan.

Penyebab utama serangan asma ialah:
  1. alahan hidung spt habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan
  2. udara sejuk
  3. senaman
  4. jangkitan sistem pernafasan
  5. tekanan emosi
  6. aspirin dan ubat seumpamanya
Bagaimana merawat asma?



 Set Athma/Asma untuk dewasa dan kanak-kanak.

1. OmegaGuard
- "Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized thst fidh oil might benefit asthma sufferers" - LiveStrong 
- Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 
- Memberikan rasa panas yang selesa dari dalam.
- Menghalang pembentukan dan membantu pencairan kahak

2. MealShake
- Mengandungi multivitamin & multimineral yang seimbang yang diperlukan dalam diet seharian.
- Menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik
- Meningkatkan selera makan anak-anak
- Membekalkan tenaga supaya badan dapat melawan penyakit.
- Mengurangkan eczema

3. Nutriferon
- Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan

Ini adalah testimonial mereka yang telah mencuba set athma:



Jika ahli keluarga anda mengalami penyakit asma, boleh mencuba supplement yang disyorkan. Wang bukanlah segala-galanya jika dibandingkan dengan kesihatan.

Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   

~ Kedai Cik Nab: SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Thursday, March 13, 2014

Tips memilih protein soya terbaik!

As Salam & Hi Readers!

Wahhh topik panas betul bulan ni gara-gara ESP Promo. Tips memilih protein soya terbaik. 

Macam-macam produk yang ada di pasaran sekarang nih. Ada air kotak, ada serbuk soya, collagen soya pun ade dan macam-macam lagi lah. Tapi awak tau tak soya yang awak ambil tu selamat atau tidak? Macam mana pulak dengan proses pembuatannya?

Adakah soya kegemaran anda adalah
  1. Soya yang ditanam secara organik? 
  2. Soya yang tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  3. Soya yang engandungi 9 asid amino penting?
  4. Soya yang proses pembuatannya diasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  5. Soya yang bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan telah disingkirkan?
  6. Soya yang diproses tanpa haba? 
  7. Soya yang ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)
Jika kesemuanya adalah YA maka tahniah saya ucapkan dan teruskan dengan produk anda. Jika jawapannya adalah TIDAK maka anda perlu menukar produk soya kegemaran anda.

Jom kita lihat ciri-ciri soya TIDAK SELAMAT seperti di bawah:
  1. Soya tidak organik
    •  menggunakan baja kimia, pertisid, dll
    • mengandungi khasiat yg rendah dan tinggi nitrat yg boleh membawa risiko KANSER
  2.  Soya GMO
    •  proses penghasilan yang murah
    • berisiko kepada kesihatan kerana ia menghasilkan toksin
  3. Soya kekurangan 9 Asid Amino
    • penting untuk penghasilan hormon, antibodi & enzim
    • kekurangan asid amino penting ini menyebabkan proses-proses penting dalam tubuh yang dijalankan kurang berkesan
  4. Soya diproses dengan alkohol
    •  mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%
    • isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser
  5. Soya mengandungi bahan anti-tiroid & anti-pertumbuhan
    • menyebabkan fungsi tubuh terganggu
    • meningkatkan risiko kanser
  6. Soya yang dipanaskan
    • merosakkan kandungan protein
  7. Soya yang diproses (dibuang minyaknya)
    • menjadi berasid


Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat.


Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   

~ Kedai Cik Nab: SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Thursday, March 6, 2014

Tips cergas sepanjang hari

As Salam & Hi Readers!

Saya nak share sikit pasal tips cergas sepanjang hari walaupun sedang berpuasa! Set cergas & aktif dari Shaklee mengandungi Performance Drink, Ostematrik dan CoQ health Plus.


Antara kepentingan setiap elemen dalam set cergas dan aktif ni adalah:

1) Performance Drink
- membantu meningkatkan daya ketahanan badan
- menggantikan air yang hilang semasa latihan fizikal
- membekalkan elektrolit dalam tubuh
- mengurangkan kehausan, mencegah dehidrasi, melembapkan kulit dan kelihatan muda
- mengekalkan paras gula
- lebih baik berbanding minuman isotonik di dalam pasaran

2) Ostematrik
- memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas otot
- menguatkan tulang
- memastikan imbangan pH tubuh
- meringankan stress

3) CoQ Health Plus
- menguatkan otot jantung
- melindungi arteri jantung dari pengoksidaan LDL
- menstabilkan peredaran darah
- membantu menambah & mengekalkan paras CoQ10 dalam darah

Siapa yang sesuai ambil set cergas dan aktif ni?

- atlet sukan
- mereka yang berpuasa
- sebelum dan selepas pembedahan
- mereka yg sering tidur lewat malam
- mengalami penyahhidratan otot dan kulit
- vagina yang kering
- cirit-birit
- tiada selera makan
- rendah paras gula
- sering letih dan pening

Boleh juga jika diminum bersama ESP hot item! Peranan ESP membekalkan tenaga segera, rasa kenyang yang berpanjangan, mencantik, menganjal dan menegangkan kulit, membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan.


Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:   
~ Kedai Cik Nab: SID 960825
~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485
~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)
~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Tuesday, March 4, 2014

Set bajet dengan ESP

As Salam & Hi Readers!

Tercari-cari set bajet apa yang sesuai? Banyak pilihan kombinasi yang ada. Antara yang menjadi pilihan hangat seperti dalam gambar di bawah...



1) SET AKTIF: Membekalkan tenaga segera + menghalang dehidrasi

2) SET BEDAH: Membentuk tisu otot yg baru, memudarkan parut + mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman


3) SET GASTRIK: Memberikan rasa kenyang, membekalkan tenaga + membuang angin yg terkumpul dlm badan


4) SET HAMIL: membantu pembentukan tisu janin + membantu perkembangan otak janin


5) SET KULIT: menstabilkan hormon + mencantik, menegang, menganjalkan kulit


6) SET KURUS: memberikan rasa kenyang berpanjangan + pembakaran lemak


7) SET MIGRAIN: memberikan rasa kenyang & tenaga segera + membekalkan kalsium & magnesium yg mencukupi


8) SET OPTIMUM: mencantik, tegang, anjalkan kulit, membekalkan tenaga segera + membantu pembentukan sel darah merah, elakkan anemia


9) SET MENYUSU: membekalkan protein & asid amino yg penting utk penyusuan, membekalkan tenaga + menggalakkan penghasilan susu badan


10) SET TENAGA: membekalkan tenaga segera + menukarkan makanan kpd tenaga sepanjang hari

Feel free to ask more! 0107663485



Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:  

~ Kedai Cik Nab: SID 960825

~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485

~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)

~ Email: nurnazihah86@gmail.com

Siapa yang tak boleh ambil ESP?

As Salam & Hi Readers! 

ESP adalah minuman yang tinggi kandungan protein soya. Ade sesetengah masalah kesihatan yang tidak membenarkan penghidapnya mengambil makanan atau minuman tinggi protein dan juga soya.

Siapa yang tak boleh ambil ESP?

Antara golongan yang tidak boleh ambil ESP adalah:

1) Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang
2) Mereka yang ada atau pernah ada cyst atau fibroid
3) Mereka yang mempunyai masalah untuk memproses protein
4) Mereka yang mempunyai alahan terhadap soya
5) Mereka yang menghidap tiroid samada hipo atau hiper perlu elakkan
6) Mereka yang mempunyai masalah gout

Jika anda mempunyai masalah seperti senarai diatas anda tidak digalakkan mengambil ESP.
Jika anda tahu lebih banyak jenis penyakit atau masalah kesihatan yang berkaitan ESP boleh tinggalkan di ruangan komen. Sama-samalah kita share ilmu pengetahuan!

Terima Kasih

Sebarang pertanyaan, konsultasi & pembelian hubungi saya:  
~ Kedai Cik Nab: SID 960825
~ Call/SMS/WhatsApp: 0107663485
~ FB: Kedai Cik Nab (klik LIKE untuk dapatkan info terkini)
~ Email: nurnazihah86@gmail.com