As Salam & Hi
Readers!
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali
sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan
lebih berjaya lagi. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalah untuk mengajar
umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan
Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa
kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah
berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar
dan sebagainya.
Rebutlah ruang dan peluang yang
Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan
dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang
terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu
lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.
Pada masa zaman Rasulullah dan
para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah
menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan
Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba
sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala
ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menangis kerana
mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.
Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban.
Alasan yang
jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu
menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang
supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa
memperolehi manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian
kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar
iaitu satu malam yang sangat berharga.
Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan
supaya
Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :
1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala
ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan
tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan
tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.
2.Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena
dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan
menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.
3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam
bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala
hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan
ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.
4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah
sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat
besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid
untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.
Pastikan segala apa yang kita lakukan
walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan
ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang
ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini.
Baca Lagi:
No comments:
Post a Comment